Saturday, January 29, 2011

ASB Loan my understanding

Assalamu'alaikum, selamat sejahtera. Dalam mengejar kesenangan dalam hidup, banyak yang telah saya kaji dan cuba untuk melihat keberkesanannya. Setakat ini hanya pelaburan ASB adalah yang menjadi tumpuan saya kini. Sepanjang pembacaan saya berkenaan dengan pelaburan ASB, terdapat banyak cara dan kaedah yang menjanjikan pulangan maksimum terhadap duit yang kita laburkan. Saya hanya akan mengupas 2 daripada kaedah pelaburan ini iaitu, pelaburan melalui pinjaman ASB dan Simpanan Sendiri.

1) Pinjaman ASB

Setakat ini, terdapat 3 buah bank yang menawarkan pinjaman ASB, yang juga merupakan ejen bagi pelaburan ASB, iaitu

i) Maybank
ii) RHB
iii) CIMB

Ketiga tiga bank tersebut, menawarkan pinjaman ASB, dengan skim pinjaman tersendiri. Saya tidak akan mengupas pinjaman yang ditawarkan, memandangkan, skim pinjaman yang ditawarkan akan berubah mengikut peredaran masa. Di sini, saya hanya akan mengupas skim pinjaman asas, yang pada lazimnya ditawarkan.

Base Lending Rate
Saya rasa, semua tahu akan maksud BLR, jika diterjemahkan Kadar Pinjaman Asas, iaitu, kadar keuntungan (interest) yang di kenakan oleh bank keatas pinjaman yang di buat. Pada 2011, BLR bagi kebanyakkan bank adalah 6.25%. Maksudnya, caj keuntungan 6.25% setahun, dikenakan oleh bank terhadap jumlah pinjaman yang dibuat.

Bagi pinjaman ASB, pada dasarnya, pinjaman yang dibuat adalah dibawah kadar BLR, sebagai contoh, BLR -1.65% yang ditawarkan oleh Maybank (30 Januari 2011). Bermaksud, pinjaman ASB akan dikenakan caj keuntungan sebanyak 4.6% setahun.

Dividen ASB
Dividen ASB adalah dividen keuntungan yang diberikan oleh PNB pada penhujung tahun, kepada semua pemegang saham, termasuk pinjaman ASB yang dibuat. Berikut adalah sejarah pemberian dividen ASB. (diambil dari http://www.matjoe.com/2010/04/dividen-asb-2010.html)

2005: Dividen: 7.25% Bonus: 1.75% = ( 9% )
2006: Dividen: Bonus: 7.3% Bonus 1.25% = ( 8.55% )
2007: Dividen: 8% Bonus: 1% = ( 9% )
2008: Dividen:7% Bonus: 1.75% = ( 8.75% )
2009: Dividen: 7.3% Bonus: 1.25% = ( 8.55% )
2010: Dividen: 7.5% Bonus: 1.25% = ( 8.75% )

Keuntungan
Untuk mengira keuntungan pelaburan ASB, saya ambil contoh, pinjaman 100,000, dengan berpandukan jadual pembayaran bulanan yang diberikan oleh Maybank, bayaran bulanan bagi tempoh 25 tahun adalah sebanyak RM566/=.

Bayaran Bulanan = RM 566/=,

X 12 Bulan = RM 6792/=.

Oleh itu setahun, peminjam akan membuat bayaran sebanyak RM 6792/=, untuk pinjaman ASB sebanyak RM100,000/=.

(Saya mengambil kiraan untuk 25 tahun pinjaman, adalah kerana, dengan cara ini, pelaburan yang dibuat akan menghasilkan keuntungan jangkamasa sederhana yang maksimum, tetapi perlu diingatkan, ini adalah cara yang saya fikirkan, terbaik bagi diri saya.)

Dengan mengambil kira pemberian dividen 8%, dividen yang bakal diperolehi oleh peminjam pada penghujung tahun (mengambil kira 12 bulan simpanan) adalah sebanyak

RM 100,000 X 8% = RM 8,000.

Dan jika kita lihat keuntungan bersih yang kita perolehi melalui pinjaman adalah

RM 8,000 - RM 6,792 = RM 1,208.

Walaubagaimanapun, duit yang kita bayar bagi bayaran bulanan, tidak hilang begitu sahaja, bayaran bulanan yang kita buat, sebahagiannya, akan dimasukkan ke dalam akaun ASB, apabila kita berhenti membuat pinjaman. (Buat pada masa ini Maybank, membenarkan peminjam untuk berhenti membuat pinjaman ASB, selepas 2 tahun pinjaman tanpa sebarang faedah. Bagi pinjaman yang diberhentikan sebelum mencecah 2 tahun, caj 2% dari jumlah pinjaman akan dikenakan kepada peminjam)

Saya ada membuat satu kiraan bagi dividen tahunan
Jumlah Pinjaman
Anggaran Dividen
Bayaran Bulanan

Jumlah Bayaran Setahun
100000
8%
566

6792
Tahun
Dividen
Jumlah Dividen Terkumpul

Jumlah Bayaran
1
RM8,000.00
RM8,000.00

RM6,792.00
2
RM8,640.00
RM16,640.00

RM13,584.00
3
RM9,331.20
RM25,971.20

RM20,376.00
4
RM10,077.70
RM36,048.90

RM27,168.00
5
RM10,883.91
RM46,932.81

RM33,960.00
6
RM11,754.62
RM58,687.43

RM40,752.00
7
RM12,694.99
RM71,382.43

RM47,544.00
8
RM13,710.59
RM85,093.02

RM54,336.00
9
RM14,807.44
RM99,900.46

RM61,128.00
10
RM15,992.04
RM115,892.50

RM67,920.00
11
RM17,271.40
RM133,163.90

RM74,712.00
12
RM18,653.11
RM151,817.01

RM81,504.00
13
RM20,145.36
RM171,962.37

RM88,296.00
14
RM21,756.99
RM193,719.36

RM95,088.00
15
RM23,497.55
RM217,216.91

RM101,880.00
16
RM25,377.35
RM242,594.26

RM108,672.00
17
RM27,407.54
RM270,001.81

RM115,464.00
18
RM29,600.14
RM299,601.95

RM122,256.00
19
RM31,968.16
RM331,570.11

RM129,048.00
20
RM34,525.61
RM366,095.71

RM135,840.00

Sebagai penerangan kepada jadual kiraan di atas, column pertama adalah jumlah tahun pinjaman, manakala, column kedua adalah dividen yang bakal diterima, column ketiga adalah jumlah dividen terkumpul (sekiranya tidak dikeluarkan sehingga peghujung tahun yang berikutnya), dan kcolumn terakhir adalah jumlah bayaran yang dibuat sehingga tahun berakhir.

Jika kita lihat pada berakhir tahun ke 20, jumlah dividen terkumpul adalah RM 366,095.71 tidak termasuk RM100,000, pinjaman yang kita buat. Sekiranya di tambah pinjaman tersebut, jumlah yang peminjam perolehi adalah RM 466,095.71.

Walaubagaimanapun perlu diingatkan, ini adalah jumlah SEKIRANYA dividen yang diperolehi, tidak dikeluarkan dan kiraan dividen adalah berdasarkan jumlah simpanan didalam ASB, termasuk pinjaman yang dibuat.

Kiraan Dividen (bulanan)
Untuk membuat kiraan Dividen ASB secara bulanan, langkah pengiraannya agak kompleks sedikit, dan saya pinta, jika kiraan saya, tersasar sila maklumkan saya.

Dividen ASB berdasarkan bulan, bermaksud, sekiranya simpanan ASB kira tidak mencukupi 12 bulan, maka kiraan mengikut bulan adalah dengan cara peratus dividen bahagi 12 bulan darab jumlah bulan simpanan berakhir Disember. Pening? Izinkan saya memberikan contoh:

Jumlah Pinjaman/simpanan: RM 10,000
Bulan : April
Dividen : 8 %

Jumlah Dividen tahun berkenaan:

RM10,000 * 8% /12 bulan * 9 bulan = RM 600

2) Simpan Sendiri

Seperti dalam kiraan dividen bulanan, pengiraan untuk dividen simpanan sendiri agak kompleks dan rumit untuk di buat. Sekiranya seseorang membuat simpanan RM 1,000

(RM 1,000 X 8%(anggaran dividen) X 12(bulan Januari)/12) + (RM 1,000 X 8%(anggaran dividen) X 11(bulan Februari)/12) .......... = RM520/= (Jumlah anggaran)

Jumlah dalam akaun ASB berakhir tahun berkenaan adalah RM 12,520.

Sekiranya RM 12,000 berada dalam akaun dari awal tahun (pinjaman) dividen yang diperolehi adalah RM 960/=.


Kesimpulan

Sebagai salah satu dari punca pendapatan, pelaburan ASB bukanlah satu cara yang paling bagus, terdapat banyak lagi cara untuk mendapatkan kesenangan. Tetapi, bagi mereka yang inginkan risiko yang rendah, dengan jaminan kerajaan, saya mengesyorkan pelaburan ASB, melalui pinjaman, kerana tidak ramai yang dapat mendisiplinkan diri untuk menyimpan setiap bulan. Saya harap penerangan yang saya berikan dapat memuaskan. Saya juga mohon, sekiranya ada kesilapan dalam pengiraan, agar dapat maklum kepada saya, agar dapat membantu saya lebih memahami dan meyakinkan kita semua.

Sekian.

Boque